sudah mula menulis di tempat baru, tetapi jiwanya lain.
cerewet betul saya kan?
Mengada.
Jiwa lah.
Hati lah.
Sayang lah.
Ape lah.
haih.
Typical young lady i am.
Urm nak beritahu something,
kadang-kadang rasa takut kalau hati terkeras bila banyak sangat ketawa lah.
Macam mana ni?
Semester baru ni macam banyak sangat berehat-rehat mungkin.
2 subject sahaja :)
Katil pun nampak seducing.
Langsir compartment saya yang baru dan berwarna merah maroon sangat buat bilik saya malap.
Sarung bantal baru beli pun lembut untuk diletak pada kepala.
Dan paling penting, blanket yang mak beri pada akhir semester satu dulu, sudah dibasuh dan sangat wangi.
Ya Allah, GODAAN APAKAH INI?
dan keadaan cuaca yang panas membahang,
sentiasa buat diri berasa tidak selesa.
nak berlama-lama di luar bilik pun rasa rimas
:'(
Tapi rindu lah rutin harian akhir semester lepas.
Doakan saya mampu teruskan eh.
Alhamdulillah,
sudah mulakan langkah untuk ikut serta program-program yang boleh membina rohani yang rapuh ini.
Chaiyoooooook cik M,
Jangan kalah dengan katil kau lah.
dan juga, di bilik baru, wifi boleh lah tahan kelajuannya :)
OMG, memang buat saya sayang bilik saya lebih, walaupun sunyi.
Tak seperti dulu.
Bersama Arni, Namirah dan Asyikin
:')
"One day, InsyaAllah hasrat hati awak akan tercapai, Maryam Kirana. Jika tidak di sini, mungkin di sana, Awak sabar okey. DIA sayang banget dengan orang yang sabar. Awak tak nak DIA sayang ke?"
-Kata hati memujuk diri yang asyik meminta lebih :')
Assalammualaikum, Nampaknya jika sesuatu itu belum direstui mereka yang lebih tua, Selagi masih di bawah tanggungan dan belaan mereka berdua, Harus diakur dan diredhai, Walaupun hati meronta-ronta mahukan ianya dibaluti dan ditutupi sepenuhnya.
Insyaallah akan dikerah segala kudrat yang ada, Agar dapat terbuka dan terlembut hatinya mereka dan mampu meyakinkan bahawa : "Alhamdulillah, si anak perempuan aku sudah menjadi wanita yang benar-benar mendambakan cinta ilahi"
Atau mungkin, jika ada si imam yang mampu menjadi ketua seluruh hidup si wanita ini, Memberi izin untuk si wanita ini menjadi permata paling berharga untuk si dia sahaja, Dengan membalut kemas dan menjadi perahsia, Meredhai akan keinginan si wanita ini untuk mengabdi sepenuhnya diri dan menutup semana perlu.
Dan dalam masa sekarang, biarlah cita-cita tertinggi si wanita ini disimpan kemas Dan rapi dalam hati sanubari beliau. Dan semoga kekuatan wanita ini semakin bertambah Dalam usaha mempersiapkan dirinya untuk masa hadapan yang hanya Sang Penciptanya sahaja Yang tahu. Alhamdulillah juga, si wanira ini sudah kematian nafsu dalam bercantik melebih sepatutnya. Biarlah apa yang ada menjadi tontonan khalayak yang sepatutnya. Maka, jika terjumpa dengan wanita ini jangan dipandang pelik , mukanya yang pucat tanpa sebarang pemerah pipi atau penghitam mata seperti dulunya dia. Penutup hiasan mahkotanya bukanlah untuk dijadikan penarik perhatian mana-mana khalayak, cukuplah kerana menjaga Lillahi Ta'ala.
Jangan kau pandang kecantikan itu dengan mata kasar, kerana kelak kau yang akan rugi wahai manusia. Kecantikan yang Allah kurniakan, amat luas dan sempurna sifatnya. Cuma manusia sahaja yang kurang menghargai. Dan paling penting, apa yang ada, haruslah ditatang bagai minyak yang penuh, agar tidak disalah guna untuk kepentingan yang lain.
Insyaallah.
Amin ya rabbal A'lamin
Ingat, si wanita ini terlalu sayang si keluarga dan si rakan dan taulan sepenuh kasih yang Ilahi curahkan.
Sering hati si wanita ini tersentak tatkala terjumpa ayat-ayat ini:
""Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga."
Dari Saiyiditina Aisyah R.A
Assalammualaikum. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Healthy lifestyle should be brought into my new life as well.
If I'm at home, I have bapak as pembekal susu kotak sejuk.
And now, being in campus, I have to be my own boss.
And maybe I'm a bit influenced by the tv adverts, to get this Anlene dairy product. Sounds a bit makcik makcik lah saya ni. But come to think of it, me being 20, I should be more observant of my tulang-tulang. :D
Biarlah kuat sikit sampai tua nanti, InsyaAllah :)
So yeah, hello susu tepung! Haha
Assalammualaikum
P/s : thanks to whoever yang concern enough to ask about my new site. InsyaAllah, I'll give you the link ASAP.
P/s : hati masih belum kuat :'( kalau esok saya mati, matikanlah saya dalam aibnya yang terjaga dan tertutup, ya Allah ya Rabbal A'lamin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Menulis seperti memberikan aku nafas. Menulis seperti memberikan aku penguat semangat. Dari diri sendiri untuk diri sendiri.
Makanya, InsyaAllah. Penulisan akan diteruskan.
Tapi, bukan di sini lagi.
Biarlah diammm menjadi legasi kecil, kenang-kenangan antara aku dan kalian.
Tolong doakan aku mampu melaksanakan satu niat terindah yang tuhan detikkan dalam benakku. Mungkin esok aku mati, tidak sempat untuk mencapai hajatku yang terpaling tinggi ini. Aku risau. Tapi aku takut jika belum mampu. Tapi aku yakin, dengan adanya itu , akan menjadi peringatan terbesar buat diri sendiri. Tapi aku juga tahu, dalam agama suci ini , tiada yang menyusahkan. Selagi mampu, buat. Ikut kesesuaian masa dan tempat dan juga manusia sekeliling.
Yang penting,
Lillahi Ta'ala. Lillahi Ta'ala. Lillahi Ta'ala.
No other niat.
Apa pun yang diubah pulih dalam diri sendiri, tidak akan mengurangkan sedikit pun, kasih sayang aku terhadap setiap inci kawan-kawan & saudara mara yang aku kenal dari zaman terlemahnya aku, sehingga kini. InsyaAllah, akan aku kendong persahabatan ini hingga ke sana. Amanah untuk aku dan kau juga, wahai sahabat (baik perempuan baik lelaki)
Ingat, aku sangat pentingkan hormat. Sebagaimana tingginya nilai appresiasi dan hormat aku terhadap satu-satu individu yang digelar saudara, Seperti itulah yang aku harapkan ianya dipulang kan balik. Jagalah kehormatan kita sebaiknya, InsyaAllah we'll never go astray.
Perubahan ini bukan sedikit, terlalu besar untuk aku sendiri. Perubahan yang tidak mengubah diri sendiri ke taraf sempurna, TIDAK SAMA SEKALI. Tetapi, masih mahu bertatih menyemai cinta Ilahi sepenuhnya. Physically, mungkin kau lihat aku terlalu kecil untuk mengendongnya. Tapi sentiasa akan aku panjatkan doa, agar ianya kekal.
Assalammualaikum
p/s : InsyaAllah di ruang baru, akan aku kongsikan kisah hinanya (bercerita dengan adanya hijab) aku, mungkin boleh dijadikan pedoman.
:')
p/s : Aishah, tolong beritahu pada Mak dan Bapak, Kak Na terlalu menghargai dan bersyukur to have them as the greatest ANGELS on earth. Amanah yang dijaga selama hampir dua puluh tahun, Alhamdulillah Mak dan Bapak mampu didik , beri makan pakai dengan baik. Dan redhakanlah atas segala usaha Kak Na untuk memperbaiki diri. Untuk membalas jasa kedua malaikat kiriman tuhan ini, tidak akan mampu Kak Na balas. Cuma doa anak solehah yang mungkin Kak Na mampu kirimkan. Tolong sampaikan pesanan ini, Kak Na tahu Aishah baca tulisan Kak Na dalam diam. Mak, Bapak, Aishah dan Umar merupakan hadiah terbaik tuhan buat Kak Na. Such a sweet of HIM.
p/s : berita hari ini sangat buat aku kecut perut ; "Menjadikan Kristian sebagai agama rasmi MALAYSIA" Ya Allah Ya Allah Ya Allah :'( bantu kami sebelum kau melaknati kami Ya Allah.
Sesungguhnya, hanya orang yang pernah merasai pahitnya di bawah
akan dapat merasai manisnya bila di atas.
Sesungguhnya, hanya kepada DIA segalanya aku sandarkan.
Sesungguhnya, hikmah itu pasti ada.
TerimaKasih buat si teman yang sudi mendengar walaupun baru selesai memasak.
TerimaKasih buat rakan dan taulan yang terpaling indah tuhan kirimkan pada aku.
Sesungguhnya, manusia yang kuat itu bukan kerana fizikalnya, tetapi hatinya punya ILAHI.
Mahu awak jadi manusia yang kuat?
Jangan tarik nikmat itu, Ya Allah.
Aku terima ini sebagai nikmat terpaling indah lewat perubahan diri ini.
Agar bekalan aku lebih mantap di sisi MU.
Agar kecekalan aku diuji supaya terbukti aku mampu kendong cabaran ini.
Agar aku punya tempat walaupun yang terpaling kecil di sisiMU.
P/s buat si teman yang jauh itu, Maaf skype tidak berfungsi tiba-tiba. Rangkap pesanan terakhir sebelum saya beredar,
"TerimaKasih pada Tuhan kerana kirimkan awak walaupun sekejap cuma. Dan maaf kerana mencuri sebanyaknya ruang masa awak untuk menepuk nepuk hati saya agar kekal kuat"
Inspiring, she is.
Semoga dalam lindungan Allah.
Untuk si teman dan rakan-rakan yang tidak pernah luntur sayang saya pada kalian semua.
Satu-satu akan saya simpan dalam kotak hati.
Biar akal meluput, hati saya tetap punya rasa itu pada awak semua.
InsyaAllah.
P/s : Bait indah di atas, pertama kali menyentuh hati keras saya sewaktu melawat blog Ibn' Bakar , terkejut pada mulanya dengan suara yang tiba-tiba muncul. Tapi, Alhamdulillah. Mampu melembutkan hati saya. Saya nak berkongsi dengan awak semua, agar mampu melembutkan juga hati-hati sahabat yang lain
:')
P/s : Tuhan tarik satu dari saya, dan diberinya seribu yang lain. (satu kekuatan maksud saya)
Indah.
P/s : May is here now. Like what i've been saying all these while. I'm making my way. InsyaAllah. Semoga hati kekal yaqeen.
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." - Al Baqarah : 214
P/s : Mana mungkin seseorang itu layak digelar beriman jika imannya tidak diuji kan? Saya sedar, pada waktu ini adalah waktu paling banyak syaitonirrajim dan nafsu yang bermain dalam kepala dan hati dan telinga untuk menghasut yang bukan-bukan.
Semoga mampu melawan.
P/s : Maaf kerana tidak melunaskan hadiah saya dari kampung dan kupasan idea dari saya. Saya akan kongsikan di lain masa lain tempat InsyaAllah
P/s : Kalau dulu terjaga, kini mahu lebih menjaga. In every aspects. InsyaAllah. Satu-satu okay. Belum mahu terburu-buru.
To be honest, beberapa minggu atau hari yang lalu, sering terfikir di kepala saya, Ya Tuhanku, sudah lama rasanya ujian yang berat-berat tidak menjenguk diri saya, Tuhan lupa saya ke? Ujian hati, rasa, minda and etc etc kan satu cara nak tambah lagi kecintaan saya pada MU. Bila agaknya?
Its not like my life has been soooo smooth sailing for these past few days, cumanya, Alhamdulillah. Tidak ada yang terketepek buat saya kaget.
Hari ini, directly HE gave one big task for me.
Dan bila difikirkan balik and try to relate it with my thoughts few days back, see, Allah dah ingat dekat awak tu. DIA nak try test awak kuat ke tak. Awak mampu tak? Awak kuat tak? Awak boleh up your grade and cgpa of life tak? Masih menangis atau boleh tersenyum dan look at the bright side or tak? Awak masih mampu bangkit atau tak? and etcera etcera.
Setakat ini, emosi masih mampu terkawal dan akal masih mampu berfikir, "Ada hikmahnya. pasti ada caranya..."
Tak tahu lah esok lusa. Tapi saya berharap, saya mampu.
Alhamdulillah.
Mungkin kalau dulu saya diuji sebegini, mahu satu dunia saya salahkan. Even semut kecik yang lalu depan laptop ini pun saya nak salahkan.
Sekarang, saya pun tak sangka setenang ini saya terima ketentuanNYA :')
Untuk si DIA, tolong berikan saya kekuatan itu ye. Redha itu penting. Muhasabah itu perlu.
Btw, nanti saya bagi ole-ole dari kampung okay.
p/s : surat khabar hari ini tentang wanita dibunuh oleh bekas teman lelaki. Nauzubillah :'( Apa nak jadi dengan dunia sekarang? Such a beautiful place to live on but, why people act with no brain? Ouh, this is what happened when nafs and syaitan joined venture together, perhaps.
Innalillah.
Wahai... Pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi.... Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu
Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa Entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan agar aku kembali dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-MU
Aku ingin mencintai-MU setulusnya sebenar-benar aku cinta dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku aku ingin mencintai-MU selamanya sehina apapun diriku kuberharap untuk bertemu dengan-MU ya Rabbi......
Salam sekali lagi wahai pembaca budiman kekasihnya Ilahi,
Sedang (still is) dating and making conversation with my ultimate lover, Tiba-tiba makcik saya terbukak lagu InsyaAllah by Maher zain yang Malay version.
Haih sweetnya tuhan saya ni, saya tengah hati rapuh, terus dia bagi hint in the song.
DIA dah suruh saya kuatkan hati saya balik lettew, sebab there will always be a way.
Sweetnya... Tak rugi lansung cari cinta dia, sebab tak pernah luak pun kan?
Awak nak share ke? Jomlah.
Salam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Assalammualaikum wahai hati-hati dan mata-mata yang membaca.
Rindu. Rindu untuk berkongsi buah fikiran.
Sebenarnya banyak sangat benda untuk ditulis dan dikongsi agar dijadikan input-input supaya kita kekal berfikir tentang diri kita, hidup kita dan ilahi itu sendiri. Tapi entah kenapa , bila mana masa itu tiba, seakan kosong minda dan tangan seperti kaku untuk menaip. Bila sedang sibuk buat kerja, mulalah idea datang mencurah. Setiap bait ayat boleh disusun atur dengan kosa kata indah di dalam kepala.
Takpelah, tiada rezeki mungkin.
Tapi, insyaallah sebaik mungkin akan saya kepilkan di sini sebelum May atau awal May, kerana dalam pada masa ini saya sedang berkira-kira untuk melakukan sesuatu terhadap medium ini. Mungkin tidak lagi anda mampu membacanya di sini lagi. Entah. Masih dalam perancangan lagi.
Sekarang, satu satu saya atur dan harap segala aturan itu diperkenan dan dipermudahkan Allah s.w.t.
Biarlah saya membawa diri ke satu laman dan kekal menulis, tanpa anda mengenal siapa penulisnya. Biarlah hanya hikayat-hikayat saya yang dijadikan intipati penulisan saya dan bukan lagi kisah tentang hidup duniawi sahaja. InsyaAllah.
Agak pelik sebenarnya berbahasa ibunda sepenuhnya, rupanya :)
Antara yang ingin saya kongsikan di masa hadapan (InsyaAllah)
1.Hijab and the world views on that piece of cloth and how Muslim women shall live. 2.Aurat ; are we covering or wrapping our body? 3.Media ; The power in adjusting our thinking holistically. 4.Islam ; are we trying to complicate things? (in culture matters) 5.Quran ; A book consists of magic words that can heal your pain. 6.Death ; Not the end of journey but a new start for a new world. 7.Heart ; touch human hearts and be kind. 8.Life Crisis ; A real test from HIM and how you react. 9.Be thankful ; for all the nikmat(s) because what we have now is what we NEED. (eg; senses) 10. Istikharah ; is not just a solah , it is a firm belief in what ALLAH has promised.
Baiklah mungkin cukup ini.
To be honest, points to be shared regarding these issues have been mingling around my mind for these past few days even since last week. Since i heard Mak's issue at school. And i kept on searching the words from the HOLY BOOK, doing some reading on articles, and of course watch the youtube videos. In order, to gain some experiences from others and might as well see these issues on another side of perspectives.
That is why, i am not ready yet to write more. I have to be careful in writing. My aim has been changed.
I write not to satisfy anyone, but to satisfy myself in spreading the Words of HIM and some lesson to be learned. My readers are my closes friends and i do want them to have a good reading material. Not only junk, from me.
What i write might not be agreeable in your point of view. If it is not, then let me know. We shall have a wise discussion on that.
And by doing so, i have to again maintain the secrets of my own life and also observe the hijab that i shall be putting on in my writing.
Insyaallah.
I'll try my level best to do so.
I have lots of tabs in my G.Chrome because ; i want to read again the articles and some youtube videos that have inspired me and most of all, i want to share it with you guys. But some people might just not understand, and say otherwise. Apologize accepted.
To write with soul is another different story. To write with knowledge is what we shall aim for. To write with knowledge and for knowledge , its different but heading to the same way.
Orang kata, tak salah menulis. Tapi kena ingat, kelak di akhirat nanti, kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap huruf yang kita susun. Pernah kawan aku agak menegah perancangan aku untuk ke bidang penulisan (Journalism) sebab katanya, "Bahaya menulis ni. nanti kau tulis tu, boleh bawak fitnah. Dosa tau" and something like that.
Katanya itu di awal semester dua, sewaktu aku berura-ura besar mahu pindah Kulliyyah. Aku fikir sehingga tamat semester. Alhamdulillah. Jika kini aku diutarakan bait sebegitu rupa lagi, aku punya jawapan indah untuk si kawan.
"Apa sahaja kerja kita di dunia ini, ada sahaja risikonya , awak. Selagi apa yang kita tulis itu benar dan Allah tahu ianya benar, buat apa nak takut? Kan Allah nampak segala? Kan Allah tahu segala? dan paling pentingkan awak, nak jadi penulis yang betul-betul menulis, perlulah buat kajian. Bukan takat tulis luah emosi sana-sini"- M.
Jadi, semangat aku tidak luntur lagi. Aku percaya "When there' a will, there's a way", InsyaAllah.
Bukankah tuhan cipta kita masing-masing ada istimewanya sendiri? dan kita sangat memerlukan satu sama lain untuk jadi satu komuniti. Jadi, hormat profession orang lain juga ye? :)
Now i don't know what i'm writing. Too many words clustered here kan? Maaf.
Menyemak.
Satu tips saya mahu kongsikan ; buat sesiapa yang mahu menjadi kuat hatinya. banyaklah membaca, banyaklah melihat, banyaklah mendengar tentang yang elok-elok untuk didengar, dibaca dan dilihat. Setelah sudah dilihat,didengar dan dibaca , buat analisa sendiri dan tanya hati anda. Jika itu yang anda mahukan. dan fikirlah dengan akal. Jika itu yang terbaik. InsyaAllah, ada jalannya.
"Ya Allah, semoga aku mampu laksanakan nya. May semakin hampir. Semoga mampu melunaskan nya. Sebelum banyak lagi tempoh masa yang perlu aku gadaikan kerana ini", -M.
Oh saya dua puluh tahun menjadi orang Islam, tapi sudah berapa tahun betul-betul mencintai Islam? (Only Allah knows) :')
Assalammualaikum.
p/s : Ingat lagi entry ini dan ini? Entry yang masih saya belum langsaikan -.-" teruk betul :'(
p/s : Sejauh mana perubahan itu, hanya mampu diiring dengan doa dan harapan. Agar ianya kekal.
p/s : Zaman sekarang nak menimba ilmu banyak caranya, mudah pulak tu. Pilih lah yang paling padan dengan awak nak guna yang mana. Youtube? Blogspot? Tumblr? Google? IslamicSites? IslamicRadios? and etcera etcera. banyak sangat. Awak duduk dan bukak satu tab sekarang pun dah dapat in a blink of eye. So, apa lagi? :')
".....Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain DIA. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy' yang agung" At-Taubah ; 129.
"Untukmu agamamu, dan untukku agamaku" Kafirun ; 6