Monday, May 9, 2011

Last and the highest intention.

Assalammualaikum,
Nampaknya jika sesuatu itu belum direstui mereka yang lebih tua,
Selagi masih di bawah tanggungan dan belaan mereka berdua,
Harus diakur dan diredhai,
Walaupun hati meronta-ronta mahukan ianya dibaluti dan ditutupi sepenuhnya.

Insyaallah akan dikerah segala kudrat yang ada,
Agar dapat terbuka dan terlembut hatinya mereka dan mampu meyakinkan bahawa :
"Alhamdulillah, si anak perempuan aku sudah menjadi wanita yang benar-benar mendambakan cinta ilahi"

Atau mungkin, jika ada si imam yang mampu menjadi ketua seluruh hidup si wanita ini,
Memberi izin untuk si wanita ini menjadi permata paling berharga untuk si dia sahaja,
Dengan membalut kemas dan menjadi perahsia,
Meredhai akan keinginan si wanita ini untuk mengabdi sepenuhnya diri dan menutup semana perlu.

Dan dalam masa sekarang, biarlah cita-cita tertinggi si wanita ini disimpan kemas
Dan rapi dalam hati sanubari beliau. Dan semoga kekuatan wanita ini semakin bertambah
Dalam usaha mempersiapkan dirinya untuk masa hadapan yang hanya Sang Penciptanya sahaja
Yang tahu. Alhamdulillah juga, si wanira ini sudah kematian nafsu dalam bercantik melebih sepatutnya. Biarlah apa yang ada menjadi tontonan khalayak yang sepatutnya. Maka, jika terjumpa dengan wanita ini jangan dipandang pelik , mukanya yang pucat tanpa sebarang pemerah pipi atau penghitam mata seperti dulunya dia. Penutup hiasan mahkotanya bukanlah untuk dijadikan penarik perhatian mana-mana khalayak, cukuplah kerana menjaga Lillahi Ta'ala.

Jangan kau pandang kecantikan itu dengan mata kasar, kerana kelak kau yang akan rugi wahai manusia.
Kecantikan yang Allah kurniakan, amat luas dan sempurna sifatnya. Cuma manusia sahaja yang kurang menghargai. Dan paling penting, apa yang ada, haruslah ditatang bagai minyak yang penuh, agar tidak disalah guna untuk kepentingan yang lain.

Insyaallah.

Amin ya rabbal A'lamin

Ingat, si wanita ini terlalu sayang si keluarga dan si rakan dan taulan sepenuh kasih yang Ilahi curahkan.

Sering hati si wanita ini tersentak tatkala terjumpa ayat-ayat ini:

""Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga."

Dari Saiyiditina Aisyah R.A

Assalammualaikum.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. http://angelwearsgucci.blogspot.com/2011/04/bulatan-gembira-yang-sungguh.html

    :)

    ReplyDelete