Saturday, May 7, 2011

Before I end.

Salam.

Menulis seperti memberikan aku nafas.
Menulis seperti memberikan aku penguat semangat.
Dari diri sendiri untuk diri sendiri.


Makanya,
InsyaAllah.
Penulisan akan diteruskan.

Tapi, bukan di sini lagi.

Biarlah diammm menjadi legasi kecil, kenang-kenangan antara aku dan kalian.


Tolong doakan aku mampu melaksanakan satu niat terindah yang tuhan detikkan dalam benakku.
Mungkin esok aku mati, tidak sempat untuk mencapai hajatku yang terpaling tinggi ini.
Aku risau.
Tapi aku takut jika belum mampu.
Tapi aku yakin, dengan adanya itu , akan menjadi peringatan terbesar buat diri sendiri.
Tapi aku juga tahu, dalam agama suci ini , tiada yang menyusahkan. Selagi mampu, buat.
Ikut kesesuaian masa dan tempat dan juga manusia sekeliling.

Yang penting,

Lillahi Ta'ala.
Lillahi Ta'ala.
Lillahi Ta'ala.

No other niat.

Apa pun yang diubah pulih dalam diri sendiri, tidak akan mengurangkan sedikit pun, kasih sayang aku terhadap setiap inci kawan-kawan & saudara mara yang aku kenal dari zaman terlemahnya aku, sehingga kini. InsyaAllah, akan aku kendong persahabatan ini hingga ke sana. Amanah untuk aku dan kau juga, wahai sahabat (baik perempuan baik lelaki)

Ingat, aku sangat pentingkan hormat.
Sebagaimana tingginya nilai appresiasi dan hormat aku terhadap satu-satu individu yang digelar saudara,
Seperti itulah yang aku harapkan ianya dipulang kan balik.
Jagalah kehormatan kita sebaiknya, InsyaAllah we'll never go astray.

Perubahan ini bukan sedikit, terlalu besar untuk aku sendiri.
Perubahan yang tidak mengubah diri sendiri ke taraf sempurna, TIDAK SAMA SEKALI.
Tetapi, masih mahu bertatih menyemai cinta Ilahi sepenuhnya.
Physically, mungkin kau lihat aku terlalu kecil untuk mengendongnya.
Tapi sentiasa akan aku panjatkan doa, agar ianya kekal.



Assalammualaikum


p/s : InsyaAllah di ruang baru, akan aku kongsikan kisah hinanya (bercerita dengan adanya hijab) aku, mungkin boleh dijadikan pedoman.
:')

p/s :  Aishah, tolong beritahu pada Mak dan Bapak, Kak Na terlalu menghargai dan bersyukur to have them as the greatest ANGELS on earth. Amanah yang dijaga selama hampir dua puluh tahun, Alhamdulillah Mak dan Bapak mampu didik , beri makan pakai dengan baik. Dan redhakanlah atas segala usaha Kak Na untuk memperbaiki diri. Untuk membalas jasa kedua malaikat kiriman tuhan ini, tidak akan mampu Kak Na balas. Cuma doa anak solehah yang mungkin Kak Na mampu kirimkan. Tolong sampaikan pesanan ini, Kak Na tahu Aishah baca tulisan Kak Na dalam diam. Mak, Bapak, Aishah dan Umar merupakan hadiah terbaik tuhan buat Kak Na. Such a sweet of HIM.

p/s : berita hari ini sangat buat aku kecut perut ; "Menjadikan Kristian sebagai agama rasmi MALAYSIA" Ya Allah Ya Allah Ya Allah :'( bantu kami sebelum kau melaknati kami Ya Allah.

Tawakallah kau wahai Maryam, Allah sentiasa ada
:')

No comments:

Post a Comment